Wednesday

Kaum India dibantu: PM

ROSMAH tertarik melihat kain sari di sebuah kedai sambil diperhatikan Eswaran (kanan) selepas merasmikan Karnival Deepavali 1Malaysia, di Klang, malam tadi.

Kerajaan turun padang, laksana pelbagai program khas
KLANG: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan menerusi Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India dan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan akan terus memberi perhatian secara terperinci bagi menangani beberapa masalah serius dihadapi komuniti India.

“Kita sudah turun padang dan melaksanakan pelbagai program khas yang membawa agensi kerajaan ke komuniti India di seluruh negara. Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan untuk mendampingi rakyat dalam menyelesaikan masalah rakyat.

“Kami tidak lagi menunggu anda datang ke Putrajaya, malah kami bertekad membawa Putrajaya kepada anda,” katanya ketika merasmikan Karnival Deepavali 1Malaysia di Jalan Tengku Kelana, di sini, malam tadi. Teks ucapannya dibacakan oleh isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor. Hadir sama pada karnival anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam dan Presiden MAICCI, Datuk Kenneth Eswaran.

Najib menegaskan bahawa ‘Malaysia adalah negara kita’ atau dalam erti kata lain ‘Namathu Naadu’ (dalam bahasa Tamil) kerana setiap individu yang lahir di Malaysia adalah warga Malaysia dan bukan pendatang. Malah, katanya, rakyat dapat melihat sendiri di kawasan Jalan Tengku Kelana, konsep perpaduan dan penyatuan rakyat dipraktikkan. “Di kawasan Bandar Klang ini, kita dapat melihat masjid serta kuil dan di seberang jambatan, ada pula komuniti Cina. Inilah cara hidup rakyat Malaysia yang diamalkan sejak turun-temurun dan inilah juga amalan hidup untuk meneruskan gagasan ‘Ore Malaysia’ (dalam bahasa Tamil)," katanya. Jalan Tengku Kelana di sini adalah tempat tumpuan membeli-belah bagi masyarakat India tempatan dan luar. Dikenali sebagai Little India kerana majoriti peniaga di kawasan ini terdiri daripada kaum India.dan barangan yang dijual juga ada diimport dari India.

No comments:

Post a Comment