KUALA LUMPUR: Jentera UMNO perlu menembusi kawasan pembangkang dengan mengadakan pelbagai program supaya dapat mendekati hati rakyat sehingga kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di situ dirampas semula, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, jentera UMNO perlu menyahut cabarannya dengan mengadakan program di kawasan pembangkang supaya rakyat dapat mendengar suara hati kerajaan dan bukannya hanya berjuang di kawasan yang selamat.
Perdana Menteri berkata, jentera UMNO perlu menyahut cabarannya dengan mengadakan program di kawasan pembangkang supaya rakyat dapat mendengar suara hati kerajaan dan bukannya hanya berjuang di kawasan yang selamat.
“Buat program di kawasan yang mencabar... jangan takut dikritik, dihina dan dikutuk kerana apa yang kita lakukan adalah demi perjuangan untuk rakyat,” katanya berucap pada Karnival Skuad Sayang 1Malaysia anjuran Wanita UMNO di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang dekat sini, semalam. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Pergerakan Wanita UMNO yang juga Menteri Pembangunan Wa-nita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua UMNO Ampang, Datuk Ismail Kijo. Skuad Sayang yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu adalah program sukarela dan kebajikan Wanita UMNO serta juga Wanita Barisan Nasional (BN) bagi menepati hasrat mendampingi rakyat pada peringkat akar umbi. Najib berkata, gagasan 1Malaysia yang berkonsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, dipilih kerana ia bersifat inklusif yang membabitkan semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Dengan itu, katanya, UMNO perlu mendekatkan diri dengan rakyat supaya kebajikan dan kepentingan mereka diketahui.
“Kalau kita nak merebut semula kawasan Ampang ini, kita perlu memenangi hati rakyat di sini. Perlu ada program yang membabitkan semua rakyat dan bukannya kumpulan tertentu saja. “Kita juga sudah melakukan macam-macam untuk rakyat tapi kita tidak gembar-gemburkan, kini sudah tiba masanya kita memberitahu rakyat apa yang sudah kita lakukan, apa jasa yang kita sumbangkan,” katanya. Beliau berkata, bagi membuktikan kerajaan mementingkan rakyat, Bajet 2011 yang dibentangkan Jumaat lalu adalah mengambil kira kesejahteraan rakyat. Sebagai contoh, katanya, mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan kini boleh membeli rumah pertama melalui Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
“Buat pertama kalinya, kerajaan menubuhkan Majlis Penetapan Gaji Kebangsaan (MPGK) bagi penyelarasan gaji minimum. Elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru dinaikkan kepada RM800 sebulan, berbanding RM450 sekarang bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat. “Begitu juga elaun bulanan imam juga dinaikkan daripada RM450 kepada RM750 sebulan,” katanya. Najib berkata, kerajaan melaksanakan semua tanggungjawabnya itu selari dengan ajaran Islam yang membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya. Katanya, kerajaan membawa keluar kemunduran kepada kemajuan serta kejahilan kepada berilmu. “Maknanya, kalau kita melakukannya maka kita menunaikan perintah Tuhan,” katanya
No comments:
Post a Comment